HIDUP KITA JADI HIDUP BILA HATI KITA HIDUP

Teladan Hidup





Menjadi ‘abid atau menjadi orang ‘alim?
“Nak jadi ‘abid semata-mata?….Aku mahu menjadi ‘alim!”
            Seseorang yang membaca Al-Quran kerana mengharapkan pahala semata-mata adalah seperti seorang ‘abid (orang yang banyak melakukan ibadah) tetapi dia tidak tahu pun apakah ibadahnya mengikut sunnah baginda rasul atau tidak, dan orang yang membaca Al-Quran dan cuba memahaminya serta mengkajinya adalah seperti penuntut ilmu yang mana ikan di lautan pun meminta ampun terhadap dosa-dosanya bahkan darjatnya lebih tinggi daripada seorang ‘abid :
من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة وإن الملائكة لتضع أجنحتها رضا لطالب العلم وإن طالب العلم يستغفر له من في السماء والأرض حتى الحيتان في الماء وإن فضل العالم على العابد كفضل القمر على سائر الكواكب إن العلماء ورثة الأنبياء إن الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما إنما ورثوا العلم فمن أخذه أخذ بحظ وافر
Bermaksud : Sesiapa yang menyusuri jalan menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga, dan para malaikat akan menghamparkan sayapnya kerana redha dengan penuntut ilmu, dan sesungguhnya setiap yang berada di langit dan di bumi sehinggakan ikan di laut pun akan memohon keampunan kepada si penuntut ilmu, dan orang yang berilmu adalah lebih tinggi darjatnya daripada seorang ‘abid seperti bulan yang lebih besar daripada sekalian bebintang, sesungguhnya para ulama’ adalah pewaris nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar juga dirham tetapi mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambilnya, dia telah mengambil suatu keuntungan yang besar (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi dan telah disahihkan oleh Imamuna Al-Albani)
Apakah anda hanya ingin menjadi seorang ‘abid semata-mata yang mengharapkan pahala sahaja atau anda ingin menjadi seorang penuntut ilmu? Orang yang bijak ialah orang yang menggabungkan segala kebaikkan dan bukanya berfikir-fikir untuk mengorbankan salah satunya. Maka jadilah kedua-duanya adalah langkah yang bijak, dan untuk menjadi orang yang bijak anda perlu bekerja keras!

Apakah tujuanya?!
“Syeikhuna Al-Allamah Soleh Uthaimen..Aku menyayangimu kerana Allah”
            Dinyatakan di dalam kitab : Syarhu Muqaddimati Fi Usulit Tafsir oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullahu taala dan disyarahkan oleh Fadhilatus Syeikh Al-Allamah Muhammad Bin Soleh Al-‘Utsaimeen bahawa Al-Quran itu diturunkan kerana tiga tujuan :
  1. Membacanya sebagai ibadah
  2. Memahami maknanya
  3. Mempraktikkanya di dalam kehidupan seharian. (Rujuk : Syarhu Muqaddimati Fi Usulit Tafsir cetakkan Dar Ibnul Jauzi m/s : 7)
Dari membacanya kepada memahaminya seterusnya bergerak mengamalkanya hasil pemahaman yang dipelajari adalah sebab utama kitab suci ini diturunkan, anda mampu mengamalkanya kerana anda baca dan anda faham! Itu sifirnya!
Dan jalan para Salafussoleh ridhwanullahi alaihim ‘ajmain adalah yang terbaik untuk diikuti, mereka dahulunya apabila diajari oleh baginda rasulullah sallallahu alaihi wassalam sepuluh ayat-ayat Al-Quran, mereka tidak akan tergesa-gesa meminta baginda mengajarkan sepuluh ayat seterusnya jika mereka belum mengamalkan ayat yang telah mereka dipelajari, maka Al-Quran yang berada di dalam dada para sahabat adalah berupa bacaan, hafazan dan amalan sekaligus walaupun hanya beberapa ayat sahaja yang diketahui sesetengah mereka.
Abdullah Ibnu Umar ‘terlalu lambat’ mempelajari surah Al-Baqarah selama 8 tahun lamanya kerana sibuk mengamalkanya, Umar radiallahu anhu mempelajari surah Al-Baqarah pula selama 12 tahun lamanya dan apabila habis mempelajarinya beliau menyembelih seekor unta kerana bersyukur mempelajarinya dan ‘berjihad’ untuk mengamalkanya, Abdullah Ibnu Mas’ud pernah mengeluh kesusahan kerana sukar untuk menghafaz Al-Quran tetapi beliau merasakan adalah lebih senang untuk mengamalkan ayat yang difahaminya.
Sesungguhnya Allah memberikan golongan Salafusoleh keringanan untuk mengamalkan ayat yang dipelajari kerana mereka bergerak untuk menghayati, mereka tidak risaukan tentang berapa banyak ayat yang belum dibaca dan dihafaz, tetapi apa yang berlegar di kepala mereka adalah berapa banyakkah ayat yang belum diamal  seperti yang dilafaz.

Contoh-contoh aplikasi

Ketika Allah menurunkan ayat ini :
Bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya (Al-Maidah : 90)
Anas Bin Malik radiallahu anhu berkata bahawa : “Ketika aku sedang mengedarkan gelas-gelas yang berisi arak kepada Abu Thalhah, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muaz Bin Jabal, Suhail Bin Baidha’ dan kepada Abu Dujanah, mereka meminumnya sehingga mabuk hasil perahan campuran tamar yang muda dan tamar yang kering, tiba-tiba aku terdengar seseorang berkata : Sesungguhnya ayat pengharaman arak telah diturunkan! Lalu kami terus memecahkan gelas yang diminum, memecahkan terus balang-balang yang berisi arak dan ada yang terus berwudhuk bahkan ada yang terus mandi dan memakai minyak wangi lalu terus menuju ke masjid, lalu kami mendengar baginda nabi sallallahu alaihi wassalam membaca ayat ini (Al-Maidah : 90)” (Rujuk : Tafsir Al-Quranil Azim oleh Ibnu Katsir jilid : 3 m/s : 182)

Ketika Allah menurunkan ayat ini juga :
Bermaksud : Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi (Ali-Imran : 92)
Anas Bin Malik pernah berkata : Sesungguhnya Abu Thalhah merupakan orang Ansar yang paling banyak hartanya di Madinah, dan hartanya yang paling disayanginya ialah sebuah kebun di tempat yang bernama Bairaha’ dan kebun tersebut berdepan dengan masjid, dan baginda nabi sallallahu alaihi wassalam pernah memasukinya dan pernah minum air di kebun tersebut yang sejuk, dan apabila turun ayat ini Abu Thalhah telah berkata kepada baginda nabi : “Wahai nabi, Allah telah berkata bahawa seseorang tidak akan mendapat kebaikkan jika dia belum mendermakan harta yang disayanginya, dan harta yang aku sayangi adalah Bairaha’ ini, dengan ini aku dermakan Bairaha’ ini dan inginkan pahala daripada Allah! Maka lakukanlah apa yang kamu sukai dengan kebun ini! Lalu baginda nabi sangat kagum dan berkata : harta yang banyak, harta yang banyak, aku rasakan supaya kamu dermakan kepada kaum keluargamu, lalu beliau terus membahagikanya kepada kaum keluarganya (Riwayat Bukhari dan Muslim, Rujuk : Tafsir Al-Quranil Azim oleh Ibnu Katsir jilid 2 m/s : 73)

Begitu juga dengan ayat ini :
Bermaksud : Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab neraka (At-Thur : 27)
‘Ibad Ibnu Hazimah berkata : Aku pernah masuk berjumpa dengan Asma’ Bintu Abi Bakar dan ketika beliau sedang membaca ayat ini beliau terus berhenti lalu berdoa dan meminta perlindungan kepada Allah, lalu aku pun pergi ke pasar untuk membeli barang keperluanku dan selepas aku balik aku melihat beliau masih lagi mengangkat tangan dan masih terus berdoa.

Ketika ayat ini pula diturunkan :
Bermaksud : Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? (Al-Baqarah : 245)
Apabila turunya ayat ini, Abu Dahdah radiallahu anhu bertanya kepada rasulullah sallallahu alaihi wassalam :
“Wahai rasulullah, apakah Allah inginkan pinjaman daripada kita?”
Baginda menjawab : “Ya wahai Aba Dahdah”
Beliau berkata : “Hulurkanlah tanganmu wahai rasulullah”
Lalu baginda pun menghulurkan tangan baginda yang mulia, lalu beliau berkata :
“Sesungguhnya aku ingin ‘meminjamkan’ kepada Allah kebunku ini yang mana ianya ditanami dengan 600 batang tamar dan keluargaku pun berada di dalamnya”
Lalu beliau pun memanggil isterinya seraya berkata dengan penuh slumber :
“Keluarlah wahai Ummu Dahdah bersama anak-anak kita daripada kebun ini kerana aku telah mendermakanya ke jalan Allah!” (Riwayat Ibnu Mardaweih daripada Abdur Rahman Bin Zaid Bin Aslam daripada bapanya daripada Umar secara Marfu’ dan riwayat Ath-Thobrani di dalam Al-Kabir dengan sanad yang lemah tetapi adanya syawahid daripada riwayat Anas dan Umar radiallahu anhuma)

Begitu juga dengan ayat ini :
Bermaksud : ….Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (An-Nur : 31)
Aisyah radiallahu anha pernah berkata bahawa apabila turunya ayat ini para wanita Muhajirin terus mengoyakkan kain-kain yang mereka ada dan terus memakaikanya di kepala! (Hadith bernombor 4758 di dalam Sahihul Bukhari)
Dan beliau juga pernah menyatakan bahawa belum pernah aku melihat orang yang paling beriman dengan Kitabullah seperti wanita Ansar, apabila turunya ayat ini para lelaki mereka bergegas membacakanya kepada kaum kerabat, suku-sakat, saudara-mara mereka dan wanita-wanita mereka, lalu wanita-wanita tersebut pun bergegas mengambil kain yang labuh lalu menutupi kepala mereka seolah-olah burung gagak duduk di atas kepala mereka bermakna semuanya sedondon bertudung litup dengan warna hitam (Riwayat Imam Bukhari dan  Abu Daud, nilaian Hasan Li Ghairihi kerana di dalamnya ada Muslim Bin Khalid Az-Zinji yang lemah dari sudut hafazanya tetapi tsiqah)
Subhanallah!! Apakah yang telah membuatkan mereka begitu cepat dan bergegas mengamalkan suruhan Allah di dalam Al-Quran ketika ia masih ‘panas-panas’ baru diturunkan?!
Ya, keimanan mereka terhadap Allah…bagaimana? Kerana mereka menghayatinya…bagaimana?…kerana mereka memahaminya!! Maka mereka mampu menjadi baik selepas membaca Al-Quran! Subhanallah…

Berfikir-fikir…
“What Are you sinking??”
            Aku berfikir-fikir, jikalau aku berada di zaman para sahabat dengan baginda nabi berdekatan apakah aku boleh menjadi secepat mereka mengamalkan suruhan Allah dengan keadaan aku yang lebih banyak senang dari kesusahan?
Maka inilah jawapan aku kepada ramai orang yang bertanya bagaimana ingin terus menjadi baik walaupun baru sahaja berbuat baik…membaca Al-Quran bersama tafsir dan berusaha memahaminya tanpa membacanya sahaja tak faham maknanya, insyallah anda akan menjadi baik! Selamat beramal!


2.


Mari belajar filsafat Mo Limo Sunan Ampel

Sunan Ampel atau Raden Rahmat merupakan putra tertua Maulana Malik Ibrahim, salah satu wali songo. Pemberian nama Ampel karena Rahmat bermukim di wilayah Ampel atau Ampel Denta, saat ini bernama Wonokromo, Surabaya Jawa Timur.

Semasa menjadi penyiar Islam, Sunan Ampel banyak memberikan contoh kesederhanaan hidup dan menekankan pentingnya menanamkan akidah dan ibadah sejak dini. Salah satu ajaran yang terkenal adalah 'mo limo' artinya tidak mau melakukan lima hal yang saling berkaitan.

Agar puasa kita lebih bermakna, tidak ada salahnya kita menerapkan mo limo dalam keseharian kita.

1. Moh main atau tidak mau berjudi

Berjudi atau bertaruh memilih satu diantara beberapa pilihan, merupakan perkara yang selalu ditekankan Sunan Ampel. Seberapapun nilai dan bentuknya, Sunan Ampel berusaha memperingatkan kepada muridnya akan balasannya nanti di akhirat.

2. Moh ngombe atau tidak mau minum-minuman yang memabukkan

Bagi sebagian masyarakat, minum-minuman yang memabukkan sesuatu hal yang lumrah dilakukan. Bahkan banyak di antara mereka yang menikmati berjudi sambil menenggak minuman keras. Padahal dalam Islam dijelaskan minum-minuman keras apapun bentuk dan takaran yang diminum adalah sesuatu yang haram dilakukan.

Sunan Ampel berusaha menekankan kepada murid-muridnya untuk menghindari minum-minuman keras. Karena orang yang minum-minuman keras, segala amal ibadahnya tidak akan diterima oleh Allah selama 40 hari.

3. Moh madat atau tidak mau menghisap candu, ganja, dan sejenisnya

Madat memiliki kesamaan zat dengan miuman keras lainnya, yaitu sama-sama berunsur memabukkan. Untuk itu, madat merupakan bagian dari sesuatu yang diharamkam, dan pelakunya disamakan dengan peminum alkohol.

4. Moh maling atau tidak mau mencuri

Mengambil sesuatu yang bukan haknya, dilarang dalam Islam. Di antara ciri perbuatan mencuri adalah mengambil secara sembunyi-sembunyi harta miliki orang lain, memindahkan harta itu tanpa persetujuan pemiliknya, dan berniat menghilangkan harta dari pemiliknya.

5. Moh wadon atau enggan berzina

Berzina merupakan salah satu perbuatan dosa besar yang harus dihindari. Zina sendiri berarti melalukan hubungan badan dengan seseorang yang bukan muhrimnya atau pasangan nikahnya.

Namun tidak hanya sebatas itu, zina terbagi menjadi berbagai tingkatan. Setidaknya zina terbagi menjadi dua, zina besar dan kecil. salah satu perbuatan yang tergolong zina besar adalah masuknya kemaluan laki-laki ke dalam kemaluan wanita yang bukan mahramnya.

Sedangkan diantara contoh zina kecil adalah seperti yang diterangkan oleh Hadits dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, "Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang, dua telinga, zinanya mendengar, lidah, zinanya berkata, tangan zinanya memegang, kaki, zinanya melangkah, hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti dan tidak mengikuti," riwayat Muslim dalam Hadis Shahih Muslim No. 2282.

3.Penjelasan Khaisat Ayat Kursi

 Mahfum ayat:


Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.


[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]


Penjelasan:


Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.


Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.


Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.


Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.


Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.


Khasiat Ayat Kursi:


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.


Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.


Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.


Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.


Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.


Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.


Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.


Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.


Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)


Kunci Pembuka Hati


Kunci Pembuka Hati

Kunci Pembuka Hati
Kunci Pembuka Hati

KUNCI PEMBUKA HATI, kitab yang ditulis oleh K.H. Achmad Shohibulwafa Tadjul Arifin r.a. ini adalah kitab yang membahas perkara dzikir baik tatacara dzikir maupun dampak yang dihasilkan oleh dzikir. Dengan dzikir manusia dapat membersihkan diri terutama dari noda syirik baik syirik jally (menyekutukan Allah secara jelas atau nyata) maupun syirik khafiy (menyekutukan Allah secara samar) dan membersihkan penyakit-penyakit hati lainnya. Dalam buku ini beliau menulis antara lain : Hati itu berkarat, dan bila manusia membiarkannya berkarat seperti dijelaskan Rasululloh saw, maka hati berubah menjadi hitam. Hati menghitam karena jauh dari cahaya, hati menghitam karena cinta yang berlebih kepada dunia, ingin memiliki dunia tanpa wara’ ….

Penjelasan beliau yang lainnya : Ketahuilah tawajjuh seperti ini sangat cepat menghasilkan fath (penyingkapan). Para ulama sufi juga memperbanyak ibadah, menyibukan diri bertawajjuh kepada Allah sampai dzikir membakar apa pun selain Allah dalam hati mereka, dan berhenti berbuat maksiat. Apabila dibarengi dengan riyadhah (oleh rohani), tidak diragukan lagi kesempurnaan agung akan tercapai dengan cepat. Nabi Muhammad saw bersabda : “tidaklah seseorang berdzikir Laa ilaaha Illaa Allaah dengan ikhlas dari lubuk hatinya kecuali dibukakan baginya pintu-pintu langit sampai dzikir itu diangkat ke ‘arsy”.

Buku ini terdiri dari Muqaddimah dan 6 fasal yaitu : Hakekat Dzikir Nafyi dan Isbat; Cara Dzikir Jahr (suara keras); Prinsip Talqin dan Janji Setia; Keharusan Menyebut Sanad Yang Sampai ke Rasulullah di semua Thariqat; Dzikrullah dan Pengaruhnya terhadap Pendidikan Rohani; Syetan Merana karena Dzikir kepada Allah;

Kitab kecil berbahasa Arab yang meiliki judul asli MIFTAHUS SHUDUR ini sebelumnya telah doterjemahkan dalam bahasa Indonesia oleh Bapak Profesor Dr. Abubakar Atjeh yaitu pada tahun 1969. Kemudian pada tahun 2004 kitab ini kembali diterjemahkan oleh Bapak Drs. Anding Mujahidin M.Ag. Pada Kitab MIFTAHUS SHUDUR edisi baru ini disajikan dalam dua bahasa (menampilkan bahasa aslinya). Penerbit Kitab MIFTAHUS SHUDUR adalah Laksana Utama.

 

  •  
 
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda. Gunakan Google Chrome Atau Mozila Fire Fox Terbaru Untuk Melihat Tampilan Sempurna Blog Ini